
Baca atau dengar petikan berikutnya
Pelayanan Paulus
14 Sekarang aku yakin tentangmu, saudara-saudaraku, bahawa kamu juga penuh dengan kebaikan dan pengetahuan serta dapat saling menasihati.
15 Namun begitu, saudara-saudaraku, aku telah menulis kepadamu dengan lebih tegas tentang hal-hal tertentu kerana kasih kurnia yang telah dirahmati Allah kepadaku,
16 untuk menjadikan aku hamba Kristus Yesus bagi bangsa-bangsa lain dalam pelayanan pemberitaan Injil Allah, supaya persembahan bangsa-bangsa lain itu diterima Allah disucikan oleh Roh Kudus.
17 Dengan demikian aku dapat berbangga dalam Kristus Yesus tentang hal-hal berkaitan Allah.
18 Aku tidak akan berani bercakap tentang sesuatu selain yang telah dilakukan oleh Kristus melaluiku, dengan kata-kata dan perbuatan, untuk menjadikan bangsa-bangsa lain itu taat,
19 dalam bentuk tanda dan keajaiban besar, dengan kuasa Roh Allah. Dari Yerusalem dan sekitarnya sampai ke Ilirikum aku telah mengkhabarkan Injil Kristus dengan sepenuhnya.
20 Aku ingin mengkhabarkan Injil ini ke tempat-tempat nama Kristus belum disebut orang. Dengan demikian aku tidak membina di atas tapak yang telah diletakkan oleh orang lain.
21 Sebagaimana yang telah tersurat:
“Mereka yang belum pernah mendapat khabar tentang-Nya akan melihat,
dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.”
22 Itulah sebabnya selalu sahaja tergendala hasratku hendak mengunjungimu.
Rancangan Paulus mengunjungi Roma
23 Namun sekarang, kerana tiada lagi tempat bagiku di sini, dan sudah bertahun-tahun aku ingin melawatmu,
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.