Penemuan Alkitab

Pelajaran 1

Penciptaan: Allah menciptakan dunia

Kejadian 1:1-25

Langkah 1: Baca cerita

Baca atau dengar petikan berikutnya

x1.0

Penciptaan daripada Tiada kepada Ada
1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. 2 Bumi tidak berbentuk dan kosong; kegelapan menyelubungi permukaan samudera, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

Penciptaan dalam enam hari
3 Berfirmanlah Allah, “Jadilah cahaya.” Lalu terus ada cahaya. 4 Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan. 5 Allah menamai cahaya itu siang, dan kegelapan itu dinamai-Nya malam. Malam muncul dan disusuli pagi, dan itulah hari yang pertama.

6 Berfirmanlah Allah, “Jadilah cakerawala di tengah-tengah segala air itu untuk memisahkan air daripada air.” 7 Maka Allah menjadikan cakerawala lantas memisahkan air yang ada di bawah cakerawala daripada air yang ada di atasnya. Maka terjadilah sedemikian itu. 8 Lalu Allah menamai cakerawala itu langit. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kedua.

9 Berfirmanlah Allah, “Mengalir dan berkumpullah kesemua air yang di bawah langit di satu tempat, sehingga kelihatan tanah yang kering.” Maka terjadilah sedemikian itu. 10 Lalu Allah menamai bahagian yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat semua itu baik. 11 Berfirmanlah Allah, “Hendaklah tanah menumbuhkan pelbagai tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya jenisnya membiak dan terus bertumbuh di bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. 12 Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik. 13 Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang ketiga.

14 Berfirmanlah Allah, “Jadilah penerang-penerang mengisi cakerawala untuk memisahkan siang daripada malam dan jadilah tanda-tanda yang menunjukkan pelbagai musim dan hari serta tahun, 15 dan jadilah penerang-penerang di cakerawala demi menerangi bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. 16 Maka Allah menjadikan dua penerang besar, dengan penerang lebih besar menguasai siang dan yang lebih kecil menguasai malam. Allah juga menjadikan bintang-bintang. 17 Allah menempatkan kesemua itu di cakerawala untuk menerangi bumi, 18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan juga untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan. Dan Allah melihat bahawa semua itu baik. 19 Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang keempat.

20 Berfirmanlah Allah, “Hendaklah berkeriapan makhluk yang hidup di dalam air, dan hendaklah burung-burung berterbangan di ruang cakerawala di atas bumi.” 21 Maka Allah menciptakan pelbagai binatang laut yang besar dan segala jenis hidupan yang bergerak, yang berkeriapan di dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap, dan Allah melihat semua itu baik. 22 Lantas Allah memberkati kesemuanya sambil berfirman, “Berkembang biaklah dan penuhilah air di dalam laut, dan hendaklah bertambah banyak burung di bumi.” 23 Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kelima.

24 Berfirmanlah Allah, “Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternakan dan binatang melata serta segala jenis binatang liar.” Maka terjadilah sedemikian itu. 25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternakan dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Dan Allah melihat semua itu baik.

Langkah 2: Cerita Semula

Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.

Langkah 3: Temukan Cerita

Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:


Get it on Google Play
Download on the App Store

Get Discovery Bible Studies on your phone

Discover copyright ©2015-2023 discoverapp.org

Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.