Penemuan Alkitab

Pelajaran 10

Penyembahan: Terpujilah Allah gembala kita

Mazmur 23: 1-6

Langkah 1: Baca cerita

Baca atau dengar petikan berikutnya

x1.0

Mazmur Daud.
1 Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.
   2 Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau,
   Dia membimbingku ke tepian air tenang,
   3 Dia memulihkan jiwaku.
   Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.
   4 Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut,
   aku tidak akan takut kepada kejahatan,
     kerana Engkau ada bersamaku;
   gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.
   5 Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku.
   Engkau mengurapi kepalaku;
     cawanku melimpah.
   6 Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku,
   dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.

Langkah 2: Cerita Semula

Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.

Langkah 3: Temukan Cerita

Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:


Get it on Google Play
Download on the App Store

Get Discovery Bible Studies on your phone

Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org

Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.