
Baca atau dengar petikan berikutnya
1 Siapakah yang mempercayai khabar kami,
dan kepada siapakah kuasa Tuhan dinyatakan?
2 Seperti tunas muda dia tumbuh di hadapan-Nya,
seperti akar dari gurun.
Tidak ada keelokan dan tidak ada semarak padanya sehingga kita memandang dia,
tidak ada tampang sehingga kita menginginkan dia.
3 Dia dihina dan ditolak manusia,
seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan.
Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia,
dan kita pun menganggapnya tidak penting.
4 Sesungguhnya, dialah yang menanggung penyakit kita
dan memikul derita kita,
padahal kita menganggap dia kena tulah,
dihukum Allah dan ditindas.
5 Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita,
dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita.
Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya
dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh.
6 Kita semua tersesat seperti domba,
setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri,
tetapi Tuhan telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua.
7 Dia dianiaya dan ditindas,
tetapi dia tidak membuka mulutnya.
Seperti anak domba yang dibawa untuk disembelih,
seperti domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya,
maka dia tidak membuka mulutnya.
8 Daripada tahanan dan daripada pengadilan dia diambil.
Siapa akan mengisahkan keturunannya?
Dia dilenyapkan daripada negeri orang hidup,
dan kerana pelanggaran umat-Ku dia kena tulah.
9 Kuburnya ditentukan antara orang fasiq,
dan dalam kematiannya dia bersama kalangan kaya,
sungguhpun dia tidak pernah melakukan kekerasan
dan tidak ada tipu daya di dalam mulutnya.
10 Namun begitu, Tuhan berkehendak menghancurkan dan menyakiti dia.
Jika dia menjadikan jiwanya korban penebus kesalahan,
maka dia akan melihat keturunannya dan umurnya lanjut.
Kehendak Tuhan akan berhasil dalam tangannya.
11 Sesudah kesusahan jiwanya
dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas.
Hamba-Ku yang benar itu
akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya.
Dia akan memikul dosa-dosa mereka.
12 Oleh sebab itu Aku akan menentukan bahagiannya bersama-sama orang besar,
dan dia akan berbahagi jarahan bersama-sama orang kuat,
kerana dia telah mencurahkan nyawanya sampai mati
dan diperhitungkan bersama-sama orang derhaka,
padahal dia menanggung dosa orang ramai
dan berdoa bagi para penderhaka.
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.