Penemuan Alkitab

Pelajaran 16

Penebusan: Yesus mengusir syaitan

Markus 5:1-20

Langkah 1: Baca cerita

Baca atau dengar petikan berikutnya

x1.0

Yesus menyembuhkan seorang yang dirasuk roh iblis
1 Lalu sampailah mereka di seberang laut, di daerah Gerasa. 2 Sebaik-baik Yesus turun dari perahu, seorang lelaki yang kerasukan roh jahat keluar dari perkuburan lalu menemui-Nya. 3 Orang itu tinggal di gua kubur. Tiada siapa terdaya mengikatnya lagi, meskipun dengan rantai. 4 Berkali-kali dia dirantai dan dibelenggu, tetapi dapat diputuskannya rantai itu dan dipatahkannya belenggu itu. Tiada seorang pun dapat menguasainya. 5 Siang malam dia merayau di perkuburan dan di bukit, sambil menjerit-jerit dan mencederakan badannya dengan batu.

6 Dari jauh dia melihat Yesus lalu lari mendekati-Nya dan sujud di hadapan-Nya. 7 Orang itu berseru dengan suara keras, “Ya Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi, apa urusan-Mu dengan aku? Demi Allah, jangan seksa aku!” 8 Kerana sebelumnya Yesus berkata kepadanya, “Roh jahat, keluarlah kamu daripada orang ini!”

9 Kemudian Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah namamu?”

Orang itu menjawab, “Legion, kerana kami ini ramai sekali.” 10 Dia memohon sungguh-sungguh kepada Yesus supaya tidak menghalau mereka keluar dari kawasan itu.

11 Berdekatan tempat itu ada kawanan babi yang sedang mencari makan di lereng bukit. 12 Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus, “Suruhlah kami pindah kepada babi itu, biarlah kami masuk ke dalam tubuh babi itu.” 13 Yesus bersetuju, lalu roh-roh jahat itu keluar dan masuk ke dalam tubuh kawanan babi itu. Kesemua babi itu, kira-kira dua ribu ekor, terjun dari tepi cenuram ke dalam laut lalu mati lemas.

14 Penjaga-penjaga babi itu lari lalu menyebarkan berita itu di bandar dan di desa. Para penduduk pun keluar hendak melihat apa yang telah terjadi. 15 Mereka menghampiri Yesus lalu melihat orang yang tadinya dirasuk legion daripada roh iblis itu, kini duduk diam, sudah berpakaian dan ternyata siuman. Mereka semua pun ketakutan. 16 Semua yang telah menyaksikan kejadian itu menceritakan segala-galanya tentang orang yang kerasukan roh iblis dan kawanan babi itu. 17 Oleh itu, mereka meminta Yesus meninggalkan daerah itu.

18 Ketika Yesus menaiki perahu, orang yang tadinya dirasuk roh iblis itu memohon kepada-Nya, supaya dia dibenarkan menyertai-Nya.

19 Tetapi Yesus tidak membenarkannya, sebaliknya berkata, “Pulanglah kepada keluargamu, kepada orang sekampungmu. Beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan bagimu dan bagaimana Dia telah berbelas kasihan kepada kamu.”

20 Orang itu pun mula menjelajahi daerah sepuluh kota dan menceritakan segala yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya. Mereka semua kehairanan.

Langkah 2: Cerita Semula

Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.

Langkah 3: Temukan Cerita

Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:


Get it on Google Play
Download on the App Store

Get Discovery Bible Studies on your phone

Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org

Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.