
Baca atau dengar petikan berikutnya
Yesus menunjukkan diri-Nya kepada para murid-Nya
36 Semasa mereka berkata-kata tentang segala perkara ini, Yesus sendiri berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu!”
37 Mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. 38 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu? 39 Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.”
40 Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka. 41 Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan takjub. Yesus pun bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mempunyai makanan di sini?” 42 Mereka memberi Dia sepotong ikan yang telah dimasak, 43 lalu Dia mengambilnya dan makan di hadapan mereka semua.
44 Kemudian, Dia berkata kepada mereka, “Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku.”
45 Lalu Dia membuka pintu pemahaman mereka supaya mereka mengerti maksud Kitab Suci. 46 Dia berkata lagi, “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, 47 dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem. 48 Kamulah saksi segala perkara ini. 49 Dan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi.”
Yesus terangkat ke syurga
50 Kemudian Yesus membawa murid-murid-Nya ke luar kota sehingga Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka.
51 Ketika Dia memberkati mereka, Dia diangkat ke syurga lalu meninggalkan mereka.
52 Murid-murid-Nya menyembah-Nya dan kembali ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan.
53 Mereka menumpukan masa di Bait Suci untuk memuji Allah.
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.