
Baca atau dengar petikan berikutnya
5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:
6 Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah,
tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,
7 tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya,
mengambil bentuk seorang hamba,
dan datang dengan rupa manusia.
8 Dalam keadaan sebagai manusia,
Dia telah merendahkan diri-Nya
dan taat hingga kepada kematian,
bahkan kematian di salib!
9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya
dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama,
10 supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,
segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,
11 dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan,
untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.
Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.
Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:
Get Discovery Bible Studies on your phone
Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org
Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.