Penemuan Alkitab

Pelajaran 9

Menjangkau yang sesat

Lukas 10:1-12

Langkah 1: Baca cerita

Baca atau dengar petikan berikutnya

x1.0

Yesus mengutus tujuh puluh orang pengikut
1 Setelah itu, Tuhan memilih tujuh puluh orang pengikut lain dan menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya ke setiap bandar dan tempat yang akan dikunjungi-Nya. 2 Dia berkata kepada mereka, “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai. 3 Pergilah! Dengarlah, Aku mengutus kamu seperti anak domba ke tengah-tengah serigala. 4 Janganlah bawa dompet atau beg atau kasut dan jangan berhenti di jalan untuk bersalam dengan sesiapa pun. 5 Apabila kamu masuk ke sesebuah rumah, kamu hendaklah terlebih dahulu mengucapkan ‘Sejahteralah seisi rumah ini.’ 6 Jika orang yang tinggal di rumah itu layak menerima sejahtera, salammu akan tetap padanya. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 7 Tinggallah di rumah yang sama, makan dan minumlah apa sahaja yang dihidangkan, kerana seorang pekerja layak mendapat upah. Jangan berpindah dari rumah ke rumah. 8 Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamu disambut, makanlah apa sahaja yang dihidangkan. 9 Sembuhkan orang sakit yang ada di situ dan berkata kepada mereka, ‘Kerajaan Allah hampir tiba kepadamu.’ 10 Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamu tidak disambut, kamu hendaklah keluar ke jalan dan berkata, 11 ‘Debu bandarmu yang terlekat di kaki kami pun kami kebaskan sebagai bantahan terhadapmu. Tetapi ketahuilah bahawa kerajaan Allah hampir tiba.’ 12 Aku berkata kepadamu bahawa pada hari itu kelak, hukuman atas Sodom lebih ringan daripada atas bandar itu.”

Langkah 2: Cerita Semula

Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.

Langkah 3: Temukan Cerita

Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:


Get it on Google Play
Download on the App Store

Get Discovery Bible Studies on your phone

Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org

Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.